Sunday, July 20, 2014

Menu-Menu Kegemaran Saya

Assalammualaikum.....
Nama saya Muhammad I Zat bin Muzamir. saya dilahirkan pada 15 Januari 1993 di Hospital Besar K.Lumpur.
Saya kini masih lagi menetap bersama keluarga di Bandar Baru Bangi Seksyen7. Saya merupakan penuntut Kolej Poly-Tech Mara Bangi semester 3. 

Ini merupakan blog pertama saya. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf dan harap yang membaca memahami jika terdapat kekurangan. 

Blog ini saya karang adalah untuk berkongsikan makanan kegemaran saya bersama anda.






Antara menu-menu kegemaran saya adalah.......
Nasi Ayam Hainan. 
ini lah antara makanan yang mampu membuat saya diam ketika makan... makan dengan penghayatan penuh katakan.....keunikan rasa ayam bersama halia masakan ini adalah gabungan yang sempurna bagi saya.







Mee Bandung Muar.

disebabkan kampung saya di muar, maka mee bandung muar pasti menjadi kegemaran saya. Bukan semua orang mampu masak kuah mee bandung dengan cukup rasa....  Bernasib baik, ibu saya mempunyai air tangan yang sempurna.





Lontong.

memandang raya aidilfitri sudah hampir..lontong juga tidak terkecuali dari tersenarai dalam makanan kegemaran saya kerana bagi saya, bukan setiap hari kita mampu makan lontong. oleh sebab itu,ketika menikmati juadah ini, pasti saya akan teringat pada pagi raya... 




Nasi Kerabu


Nasi kebanggaan negeri asal ibu saya iaitu Kelantan. Mana tumpah tumpah kuahnya jika tidak ke nasi. Tidak dapat dinafikan lagi, makanan berkhasiat ini memang sedap dan lazat.



Menu akhir saya merupa kan menu paling saya gemar dan paling jarang saya dapat makan kerana ibu saja cakap melecehkan.haha Menunya adalah........



Ketupat Sotong.
hidangan ini, paling sukar untuk ditemui dimana-mana.... setakat ini, saya hanya mampu menikmati nya jika ibu saya membuatnya. jika tidak, kempunan panjang la saya.
amat rugi lah bagi sesiapa yang masih belum merasai keunikan hidangan ini... 


Begitulah senarai menu-menu istimewa yang dapat saya kongsi kan.Maaf kan saya jika ada salah dan silap. Segala yang baik datang dari Nya, yang buruk dari saya. 
Maka dengan itu berakhir lah cubaan pertama penulisan blog saya. Sekian , terima kasih. 





No comments:

Post a Comment